Sempena Hari Guru ke 17 tahun 2007, Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Radio Televisyen Brunei, Jabatan Perdana Menteri dan Syarikat Adison marketing Services menanjurkan Kuiz Berkumpul Hari Guru dengan menyediakan hadiah-hadiah hebat. Dua kategori kuiz diperkenalkan iaitu Kuiz berkumpul TV dan Kuiz berkumpul Radio.
Peserta hanya perlu mengumpulkan empat soalan melalui Kuiz TV atau empat soalan melalui Kuiz Radio, ataupun kedua-duanya sekali dalam tempoh masa 10 hari iaitu bermula dari 22 Oktober 2007 hingga 31 Oktober 2007 dan menghantar jawapannya melalui laman web yang disediakan dengan percuma. Peserta yang menjawab dengan betul akan diundi pada 4 November 2007 secara langsung dalam Rancangan Rampai Pagi melalui televisyen untuk menentukan pemenang.
• Rangkaian Pilihan (95.9FM / 96.9FM)
• Rangkaian Harmoni (94.1FM / 97.7FM / 90.6FM)
• Rangkaian Pelangi (91.4FM / 91.0FM)
• Rangkaian Nasional (92.3FM)
Penyertaan adalah terbuka kepada rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam.
Jawatankuasa Kuiz Sambutan Hari Guru Tahun 2007 adalah tidak dibenarkan untuk menyertai kuiz ini. Peserta boleh memilih sama ada untuk menjawab soalan-soalan antara satu jenis kuiz sahaja atau menjawab kedua-dua jenis kuiz yang telah disediakan.
Pihak penganjur berhak meminda syarat-syarat dan peraturan kuiz.
Keputusan kuiz adalah muktamad. Peserta yang menjawab dengan betul akan diundi pada 4 November 2007 secara langsung dalam Rancangan Rampai Pagi melalui televisyen untuk menentukan pemenang.
Seorang pemenang berhak untuk mendapat satu hadiah sahaja.
Hadiah yang tidak dituntut hingga akhir tahun 2007 adalah dikira mansuh.
Pihak jawatankuasa telah menyediakan dua jenis kuiz untuk disertai, ia itu
a. Kuiz Radio yang disiarkan melalui Rangkaian National, Rangkaian Pilihan, Rangkaian Harmoni dan Rangkaian Pelangi; dan
b. Kuiz Televisyen yang disiarkan melalui rangkaian Televisyen Brunei
Format kedua-dua kuiz adalah seperti berikut:
a. Peserta dikehendaki mengumpulkan 4 soalan:-
i. Dua soalan pertama (Kuiz Pertama) akan disiarkan serentak bermula pada 22 hingga 25 Oktober 2007;
ii. Dua soalan seterusnya (Kuiz Kedua) akan disiarkan bermula dari 26 hingga 29 Oktober 2007; dan
iii. Kedua-dua kuiz ini (Kuiz Pertama dan Kedua) akan disiarkan bermula dari 30 hingga 31 Oktober 2007.
b. Para peserta mesti menggunakan alamat email yang sama untuk menyertai Kuiz Kedua seperti penyertaan Kuiz Pertama. Penyertaan lebih dari sekali amat dialu-alukan.
c. Setelah mendapatkan keempat-empat soalan tersebut, peserta bolehlah menghantar jawapan awda melalui laman web yang beralamat berikut:
i. www.moe.gov.bn atau
ii. www.zon365.com
d. Jawapan hendaklah dihantar tidak lewat 1st November 2007, jam 12 petang.
1. Tahun berapakah sekolah Melayu Pertama ditubuhkan di Negara ini?
Jawapan:
A. Tahun 1906
B. Tahun 1910
C. Tahun 1912
D. Tahun 1929
2. Sekolah Sukan adalah sebuah intitusi pendidikan menjurus dalam bidang sukan, Jabatan manakah dalam Kementerian Pendidikan yang bertanggung mengendalikannya?
Jawapan:
A. Jabatan Perkembangan Kurikulum
B. Jabatan Pendidikan Teknik
C. Jabatan Pendidikan Kokurikulum
D. Jabatan Pentadbiran & Perkhidmatan-perkhidmatan
RADIO KUIZ KEDUA
1. Memandangkan khidmat bakti dan jasa Allahyarham Dato Seri Paduka Cikgu Awg.Hj.Marsal Bin Maun dalam bidang pegurusan seperti Pengasas Maktab Perguruan Melayu Brunei dan Pengasas Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei , beliau telah dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Berbakti .Sambutan Hari Guru bilakah beliau dianugerahkan?
Jawapan:
A. Sambutan Hari Guru Kali Pertama Tahun 1991
B. Sambutan Hari Guru Kali Kedua Tahun 1992
C. Sambutan Hari Guru Kali Ketiga Tahun 1993
D. Sambutan Hari Guru Kali Keempat Tahun 1994
2. Dato Seri Laila Jasa Dr Awg.Hj Ahmad bin Haji Jumat adalah anak tempat yang pertama menjadi Pengarah Pelajaran Ketiga dulu dan pernah dilantik menjadi Timbalan Menteri Pendidikah dan pada masa ini adalah Menteri Perindustrian dan Sumber-sumber Utama beliau juga dianugerahkan gelaran oleh Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam , Apakah gelaran yang dimaksudkan ?
Jawapan:
A. Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan
B. Pehin Orang Kaya Dewa Pahlawan
C. Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan
D. Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan
For more information, please listen to Rangkaian Pilihan, Rangkaian Harmoni, Rangkaian Pelangi and Rangkaian Nasional
Untitled Document
RADIO KUIZ PERTAMA
1. Siapakah Menteri Pendidikan Negara Brunei Darussalam pada masa ini?
Jawapan:
A. Yang Berhomat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Paduka Haji Awang Abd Rahman bin Haji Ibrahim
B. Yang Berhomat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Paduka Haji Awang Hazair bin Haji Abdullah
C. Yang Berhomat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Paduka Haji Awang Suyoi bin Haji Osman .
D. Yang Berhomat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abd Rahman bin Awang haji Mohd.Taib
2. Tahun berapakah sistem persekolahan Ugama Islam di Negara Brunei Darussalam bermula?
Jawapan:
A. Tahun 1931
B. Tahun 1941
C. Tahun 1951
D. Tahun 1961
RADIO KUIZ KEDUA
1. Berapa buah Fakulti yang terdapat di UBD pada masa ini?
Jawapan:
A. 4 fakulti
B. 5 fakulti
C. 6 fakulti
D. 7 fakulti
2. Sebuah sekolah bukan kerajaan yang tertua telah ditubuhkan di Negara Brunei Darussalam pada tahun 1918. Apakah nama sekolah tersebut?